Sunday, December 19, 2010

As-solah

3.00 pagi @ 4.00 pagi

Sunat Wudhuk,Sunat Tahajjud,Sunat Witir,sunat Taubah,Sunat Tasbih.

5.00 pagi

Sunat Fajar

Fardhu Subuh

-Baca Al-Quran

7.30-12.30

Sunat Dhuha

Sunat Sebelum fardhu Zohor

Fardhu Zohor

Sunat selepas fardhu Zohor

-Baca Al-Quran

15.46

Sunat sebelum fardhu Asar

Fardhu Asar

-Baca Al-Quran

18.24

Fardhu Maghrib

Sunat selepas fardhu Maghrib

-Baca Al-Quran

19.36

Sunat sebelum Fardhu Isyak

Fardhu Isyak

Sunat selepas Fardhu Isyak.

-Baca Al-Quran

InsyaAllah.

Semoga Allah memberikan kemanisan iman kepada kita...ameen.

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapa ku.Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil.

Amalkan membaca ayat Al-Kursi dan 2 ayat selepasnya.

3 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

Cuba hafal surah-surah Al-Quran sebanyak yang mungkin.

Solat sunat jangan tinggal,bacalah surah yg kita hafal tadi,jika boleh surah yang panjang.

Solat fardhu jangan tinggal berjemaah.

Carilah majlis-majlis ilmu,dengar dan hayati.

Baca Al-Quran jangan tinggal,ketahui makna ayat yang dibaca.

Sentiasa berdoa kepada Allah.

Setiap gerak geri dan perbuatan kita sentiasa teringat kepada Allah swt.

Elakkan terlibat dengan dosa-dosa kecil,mendengar musik yang tidak mendatangkan faedah.

mata elakkan jua terlibat dengan dosa-dosa kecik spt,melihat pembaca berita wanita yang tidak menutup aurat.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita.ameen.

Iman itu menurun dan menaik.

Setiap manusia yang dilahirkan dalam keadaan islam mempunyai iman,yang membezakannya adalah iman yang kuat dan iman yang lemah. Bagaimana bisa iman itu boleh menjadi kuat dan boleh menjadi lemah?

Kita yang lahir sebagai orang islam patut syukur banyak-banyak pada Allah,patut sujud syukur pada Allah swt kerana kita tidak memilih siapa keluarga kita bila kita lahir.Lebih-lebih lagi lahir dalam keluarga islam. Sayangi iman dan pelihara serta mantapkan ia,ianya tidak ternilai dengan harta seisi dunia.

Allah telah izinkan kita untuk berusaha dan berfiikir sebagaimana kita lapar mesti kita akan mencari makanan,sebegitu jua iman. Mesti ada usaha untuk memantapkannya lantas tidak tergoda dengan bisikan dan godaan syaitan la'natullah.

Tuhanku hanya SATU.

Sahabat-sahabat sekelian.

Marilah kita perhatikan,bayi-bayi yang baru lahir dari perut ibu semuanya adalah sama tak kira dari mana bangsa dan keturunan. Cuma yang membezakan adalah sifat fizikal,warna kulit semuanya bergantung kepada genetik ibu dan bapa.

Macam mana tergamak kita menyatakan tuhan itu berlainan dan bermacam-macam. Jika tuhan itu berlainan dan banyak tentulah bayi-bayi yang lahir itu akan macam-macam rupa. Maha suci Allah dari apa yang mereka sangkakan!

Pernahkah kita melihat bulan mahu mendahului matahari atau matahari mahu mendahului bulan.TIDAK PERNAH!

jika ada ada banyak tuhan...sahabat-sahabat fikirlah.

wallahua'lam.

Hidayah ya Allah...Hidayah.

Hidayah ya Allah...Hidayah.

Beruntunglah sesiapa yang Allah bukakan pintu hati untuk sentiasa mengingati akhirat.

Hatinya sentiasa tenang,hidupnya penuh bermakna,hari-hari dilaluinya begitu indah sekali.

Kadang-kadang kasihan melihat insan yang disayangi belum mengerti dan memahami betapa hebatnya hidayah Allah ini.

Jangan sekali-kali putus berdoa mengharap pada Allah swt.

Jika kita ingin masuk syurga Allah swt jangan lupa pada orang yang disayangi dan menyayangi kita.

Check valve

Perjalanan kita ini hanya satu arah sahaja,sebagaimana check valve. Setelah cecair melaluinya,cecair itu tidak akan dapat kembali.Begitu jua dengan kehidupan kita di atas muka bumi ini,setelah kematian menjemput kita,kita tidak akan dapat minta dihadirkan semula ke Bumi untuk melakukan amal-amal soleh yang kita tinggalkan.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)

Sayu hati melihat umat islam yang mempersia-siakan iman mereka dengan membiarkan ianya mati dan juga kepada saudara-saudara bukan islam.

Ya Allah,berilah petunjuk dan hidayah kepada kami dan semua umat manusia.

Hanya kepada Engkaulah kami berserah.

Check valve

Perjalanan kita ini hanya satu arah sahaja,sebagaimana check valve. Setelah cecair melaluinya,cecair itu tidak akan dapat kembali.Begitu jua dengan kehidupan kita di atas muka bumi ini,setelah kematian menjemput kita,kita tidak akan dapat minta dihadirkan semula ke Bumi untuk melakukan amal-amal soleh yang kita tinggalkan.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)

Sayu hati melihat umat islam yang mempersia-siakan iman mereka dengan membiarkan ianya mati dan juga kepada saudara-saudara bukan islam.

Ya Allah,berilah petunjuk dan hidayah kepada kami dan semua umat manusia.

Hanya kepada Engkaulah kami berserah.

aku

aku,

sama sahaja seperti hamba Allah yang lain.

Redha dengan apa yang Allah telah tetapkan buat ku.

Biarpun aku miskin,susah dan serba kekurangan di atas muka bumi ini

namun usaha tidak aku lupakan.

aku

tidak rela susah lagi di akhirat sana.

Kesusahan yang tidak tertanggung oleh anggota badan ku yang lemah.

Kesusahan yang perit tidak sama kesusahan yang aku tanggung di muka bumi dahulu.

ya Allah bantulah diriku untuk mengharungi semua ini dan sampai kepada-MU dengan sejahtera.

Demi kekasih-MU, Nabi Muhammad saw.

ya Allah,tanamkan kecintaan kami terhadap kekasih-MU dan orang-orang yang menyintai-MU.

Belas kasihanlah kami.

Hamba-hamba yang hina ini.

Wednesday, September 29, 2010

10 hari melangkah ke usia 30an.

Subhanallah.
Maha suci Allah dari segala bentuk kesyirikan.
Ya Allah tidak mampu aku harungi semua ini tanpa bantuan dari-MU. Hamba yang lemah lagi kerdil ini pohon kekuatan dari MU ya Allah tuhan semesta alam.
Biarpun hamba-Mu menghina agama MU tapi sedikit pun tidak mendatangkan mudharat buat-MU.
Ya Allah,ampuni dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil.
Ampuni dosaku,ampuni dosa isteriku,ampuni dosa anak-anakku,ampuni dosa kaum muslimin dan muslimat dan mukminin dan mukminat samaada yang masih hidup mahupun yang telah tiada(mati).
Ya Allah bantulah hambamu ini dalam mendidik anak-anakku dan isteriku. Berilah kekuatan padaku,bimbinglah mereka mengenali DIRIMU ya Allah.