Monday, April 13, 2009

Wanita Solehah akhir Zaman.

Di masa akhir zaman ini, kehidupan manusia yang hampir-hampir melupakan kehidupannya di akhirat. Semua manusia samaada di lelaki mahupun wanita. Melainkan,manusia yang Allah anugerahkan hidayah buatnya. Oleh itu,hendaklah kita berdoa pada Allah semua tidak dicabut hidayah dari hati ini.
Wanita solehah yang mengabdikan hidupnya hanya kerana Allah. Allah yang dia cintakan lebih dari manusia. Setiap tindak kehidupannya berpaksi pada niat kerana Allah. Tanpa Allah di dalam hatinya tidak bermakna hidupnya. Wanita solehah sentiasa menjaga maruah dirinya, menjaga maruah suaminya jika telah berkahwin dan menjaga maruah anak-anaknya.
Oleh itu,sebaik-baik tempat wanita adalah di rumah jika suami seorang yang kemampuan.
Di situlah letaknya barakah rumah tangga. Jika di luar isteri berkerja dan berkerjasama dengan lelaki di pejabat,bersembang-sembang dan pastinya perasaaan malu akan terhakis. Bila balik rumah perasaan cinta sejati pada suami akan berkurangan berbanding isteri yang duduk di rumah yang sentiasa menantikan kepulangan suaminya.
Yakinlah,setiap yang gubal oleh Allah swt pasti mengandungi hikmahnya yang tak mampu difikirkan oleh aqal fikiran kita yang terbatas ini.

Persediaan sebelum kematian.

Ramai diantara kita tidak menyedari bahawa kematian sentiasa mengintai kita setiap hari. Ia hanya disedari setelah kematian itu berlaku dan berlakulah banyak teori yang bersangkut paut dengan kematian itu.
Apakah persediaan untuk menghadapi kematian yang datang tanpa diberitahu.
"Sesungguhnya kematian itu apabila ia datang tidak akan dilambat satu saat mahupun dicepatkan satu saat". Oleh itu,hendaklah kita sentiasa menyiapkan diri kita dengan amalan yang dapat memudahkan kita semasa menempuh alam selepas kehidupan ini.
Solat Sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
Solat sunat wudhuk selepas mengambil wudhuk.
Solat sunat Tahiyyatul Masjid semasa memasuki masjid.
Solat Dhuha ketika matahari naik segalah dan sebelum masuk waktu zohor.
Solat sunat tasbih sekurang-kurang sekali seumur hidup.
Solat sunat Tahajjud dikerjakan selepas solat fardhu Isyak dan didahului dengan tidur.
Itulah diantara solat sunat yang dapat kita kerjakan untuk menampung solat fardhu kita yang penuh dengan kecacatan sebagaimana sampan yang berlobang-lobang.
Harta yang kita wakafkan akan menjadi bekal kita semasa kita menempuh alam kubur dan alam akhirat.pahala akan mengalir kepada kita apabila harta yang kita wakafkan digunakan untuk tujuan kepada Allah SWT. Contah harta wakaf boleh jadi tanah, buku-buku agama,duit yang kita dermakan untuk membina bangunan untuk tujuan kemashalatan agama islam.
Ilmu yang bermanfaat yang dapat digunakan untuk menuju takwa kepada Allah SWT. Contohnya ilmu mengaji Al-quran yang diturunkan dari bapa kepada anak-anaknya dan seterusnya kepada cucu cicit semoga Allah merahmati kita.
dan akhirnya doa anak yang soleh dan solehah....anak soleh dan soleheh..subhaanAllah. Begitu besar ni'mat pemberian dari Allah SWT. Ianya tidak dapat ditanding dengan ni'mat-ni'mat lain di dunia ini. Berbahagia kedua ibubapa bila mendapat anak soleh dan solehah. Sejuk perut ibu mengandung.

Friday, January 23, 2009

PERMATA HATI

Nabi s.a.w bersabda,maksudnya:
"Tidak akan terjadinya kiamat sehingga masa menjadi singkat,maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam,sejam dirasakan seperti satu petikan api".
(Riwayat Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda,maksudnya:
"Sampaikan hajat orang yang tidak berdaya memenuhi hajatnya sendiri.Maka sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat seseorang yang tidak mampu menyampaikannya kepada pemerintah,Allah akan menetapkan dua kakinya di atas sirat(di akhirat) pada waktu manusia tergelincir".
(Riwayat Hindun dan Abi Halah)

Nabi s.a.w bersabda,maksudnya:
"Andai kata anak Adam itu memiliki satu lembah lagi.Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut(hawa nafsu)melainkan tanah(maut).Dan Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-NYA."
(Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w bersabda,maksudnya:
"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah di hadapan dan seburuk-buruk ialah di belakang. Sebaik-baik saf bagi wanita ialah di belakang dan seburuk-buruknya di hadapan.
(Sahih Muslim)

Nabi s.a.w bersabda,maksudnya:
"Sesiapa yang membaca surah Yassin dengan ikhlas kerana Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu,maka bacakanlah pada orang yang akan mati(atau bagi orang yang telah mati)".
(Riwayat Al-Baihaqi dari Maq'il bin Yasar)

Friday, January 9, 2009

SOLAT SUNAT.

Solat sunat tahajjud.
-Dilakukan pada tengah malam dan mesti lepas sedar dari tidur.
Solat sunat 2 rakaat sebelum fardhu Subuh.
Solat sunat Dhuha.
-Dilakukan selepas matahari naik.

TUJUAN DICIPTAKAN

Apakah Tujuan Makhluk Diciptakan?

http://Aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Pertama, ALLAH tidak akan sekali-kali mencipta sesuatu yang sia-sia. Rahsia di sebalik setiap ciptaan-NYA, hanya DIA sahajalah yang mengetahuinya.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

“Adakah kamu menyangka KAMI Mencipta kamu tanpa sebarang tujuan dan kamu menyangka tidak akan dikembalikan kepada KAMI? Maha Tinggi ALLAH Raja yang sebenarnya, TUHAN yang Haq. Tiada TUHAN melainkan DIA, TUHAN yang mempunyai ‘Arasy yang Mulia.” (Surah al-Mukminun: 115-116)

Orang mukmin wajib menyakini bahawa segala yang diciptakan oleh ALLAH ada hikmahnya yang tersendiri. Sebaliknya, orang-orang kafir pula menafikan hikmah ini.

Maksudnya:

“KAMI tidak ciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya tanpa sebarang hikmah dan keadilan. Itu hanyalah sangkaan orang-orang kafir! Celakalah orang-orang yang kafir itu dengan azab neraka.” (Surah Sad: 27)

Kedua, tujuan ALLAH menciptakan manusia bukan semata-mata untuk makan, minum dan beranak-pinak. ALLAH memuliakan manusia berbanding makhluk lain dengan menjadikan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Tetapi ramai manusia ingkar. Mereka leka dengan keindahan dunia. Kehidupan mereka tidak ada beza dengan haiwan, bahkan mereka lebih sesat.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

Orang-orang kafir menikmati kesenangan dunia. Mereka makan dan minum seperti haiwan ternakan. Oleh itu, nerakalah tempat tinggal yang layak bagi mereka. (Surah Muhammad: 12)

Hakikatnya, pencipta sesuatu lebih mengetahui tentang ciptaannya. Oleh itu, ALLAH yang Mencipta manusia lebih mengetahui hikmah penciptaan mereka. Setiap manusia perlu meyakini bahawa seluruh anggota badannya dicipta atas tujuan tertentu.

Ketiga, ALLAH menjelaskan bahawa DIA Mencipta langit, bumi, hidup dan mati untuk menguji umat manusia. Sesiapa yang mentaati-NYA, maka dia akan beroleh pahala. Sebaliknya, sesiapa yang ingkar mereka akan diseksa.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

“DIA telah menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk: 2)

Antara perintah ALLAH yang paling utama dalam penciptaan manusia ialah untuk mentauhidkan ALLAH dan beribadah.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:

“AKU tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU.” (Surah al-Zariyat: 56)

Ibn Kathir r.h berkata:

“Tujuan ALLAH mencipta mereka ialah untuk beribadah kepada-NYA. Bukan kerana DIA memerlukan mereka. Ali bin Abu Talhah berkata bahawa Ibn Abbas menyebut, tujuan ALLAH mencipta mereka adalah untuk beribadah kepada-NYA, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Jarir. Ibn Juraij berpendapat, tujuannya agar mereka rnengenali ALLAH. Al-Rabi’ bin Anas pula berkata, tujuannya semata-mata untuk beribadah.” (Tafsir Ibn Kathir, jil: 4, ms: 239)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’id r.h berkata:

“ALLAH mencipta makhluk untuk beribadah kepada-NYA, mengenali-NYA menerusi nama-nama dan sifat-sifatNYA. Sesiapa yang patuh dan melaksanakan segala yang telah diperintahkan, dia termasuk orang-orang yang berjaya. Sebaliknya, sesiapa yang ingkar, maka dia akan menjadi orang-orang yang rugi.

ALLAH pasti akan mengumpulkan mereka di suatu tempat untuk membalas segala ketaatan yang dilakukan. Oleh itu, ALLAH menyebut keingkaran kaum musyrikin terhadap balasan yang akan diterima berdasarkan amalan seseorang.

Walaupun kamu cuba meyakinkan mereka tentang kewujudan hari kiamat, mereka tetap tidak percaya. Mereka hanya akan menuduh kamu berbohong dan mencaci dakwah yang kamu sampaikan. Sedangkan kebenaran itu tidak dapat disangkal lagi.” (Tafsir al-Sa’di, ms: 333)