Saturday, February 5, 2011

Waktu...

Bila hidayah dicabut dari hati terasa hilang kebahgiaan hidup ini.

Sesungguhnya kehidupan ini hanya 3 waktu.

waktu lalu yang mana kita tidak dapat amik manfaat lagi.

waktu yang kita didalamnya buatlah amalan untuk mengambil manfaat darinya dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

waktu akan datang yang mana kita belum tahu sama ada akan menjadi milik kita atau tidak.

Ya Allah limpahilah kami dengan petunjuk dan hidayah Mu.

Bukan sekadar Goncangan...

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan(yang dahsyat).

Dan bumi mengeluarkan beban-beban yang berat(kandungan)nya.

dan manusia bertanya"Mengapa (terjadi begini)".

pada hari itu bumi mengkhabarkan beritanya.

kerana sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan(yang sedemikian itu) kepadanya.

Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka(balasan) pekerjaan mereka.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat(balasan)nya

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Jenis-jenis hidayah.

Bismillaahirrahmaanirraahim.



Hidayah adalah suatu kurniaan Allah yang begitu indah sekali,tidak mampu untuk diucapkan dengan perkataan. Berbahagialah orang-orang yang mendapat hidayah dan berusaha mengekalkan hidayah. Carilah hidayah kerana kita dibekalkan usaha untuk mencarinya disamping berdoa kepada Nya.

Ianya boleh dibahagi beberapa jenis yang Allah kurniakan kepada kita selaku makhluqnya yang masih hidup ini.

1. Hidayah Ilham

2.Hidayah pancaindera

3.Hidayah Akal

4.Hidayah Agama

5.Hidayah iman.



Hidayah Ilham

-Mari kita renungi,bagaimana bayi yang baru lahir. letakkan dia berdekatan dengan ibunya pasti dia akan secara automatik mencari dan menghisap susu ibunya untuk memenuhi keperluannya tanpa diajar.

Renungi pula anak-anak ayam,taburkan beras-beras pasti dia akan makan tanpa diajar. Itulah yang dinamakan hidayah ilham atau naluri.

Manusia dikurniakan aqal dan nafsu.Haiwan pula dikurniakan naluri nafsu.Malaikat adalah makhluq yang mulia dan taat dia malaikat tidak dikurniakan nafsu.

Manusia yang dapat mengekang nafsu ke arah kejahatan dan menggunakan aqal dengan sebaik-baiknya adalah manusia yang mulia. Namun,manusia yang mengikut hawa nafsu adalah lebih hina dari binatang.

"Sesiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah,lalu dia sedikit tidak pun memiliki cahaya." (Surah An-Nur,ayat 40)

Hidayah Pancaindera

-Manusia dan haiwan dikurniakan pancaindera mata,telinga,mulut hidung untuk memudahkan kita membuat perkara-perkara yang mendatangkan faedah seperti makan,minum,berjalan dan lain-lain.

Ikan Yu dapat menghidu bau darah dalam jarak beratus kilometer,anjing jenis bloodhound pula mempunyai keistimewaan menghidu sejuta kali berbanding manusia.

Namun,hidayah pancaindera yang dikurniakan kepada makhluq bernama manusia adalah untuk mendukung hati untuk beribadah kepada Allah swt. Kunci kebahagiaan adalah ketaatan kepada Allah swt dalam melaksanakan kewajipan kepada Nya.

"Pada hari itu,lidah,tangan dan kaki menjadi saksi atas apa yang mereka kerjakan dahulu" (Surah an-Nur ayat 24)



Hidayah Aqal

-Manusia dikurniakan aqal oleh Allah swt untuk menentukan mana yang baik dan buruk. Malaikat dan syaitan pun ada dikurniakan aqal,namun yang membezakan adalah kualiti aqal tersebut.Seandainya aqal kita condong kearah malaikat kita akan menjadi manusia yang mulia.Jika aqal kita condong kepada kearah syaitan kita akan jadi manusia yang hina di dunia dan di akhirat.

Ingatkah kita ketika malaikat bertanya kepada Allah swt mengapa diciptakan manusia yang sentiasa berbunuhan dan membuat kerosakan di muka bumi.Allah menjawab," Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Dengan aqal juga manusia dapat berkomunikasi dengan baik sesama manusia serta mampu taat dalam menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.

"AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT TERTINGGI DI SISI ALLAH S.W.T"

Bismillahirrahmanirrahim.. (Dipetik dari Himpunan Kitab2 Fadhail Amal, Fadhilat Quran, Hadith 34 m/s 76)



Hazrat Sa'id bin Sulaim rah. telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t melainkan Al-Quran, bukan nabi dan bukan juga malaikat dan lain-lain" (Hadith riwayat 'Abdul Malik bin Habib demikian dalam Syarah Ihya 'Ulumuddin).



Keterangan



Kenyataan bahawa Al-Quran pemberi syafaat dan kedudukan syafaat Al-Quran adalah tinggi sehingga syafaat itu diterima telah diketahui daripada beberapa hadith yang lain juga. Semoga Allah s.w.t dengan rahmatnya menjadikan al-Quran itu pemberi syafaat kepada saya dan anda juga. Semoga Allah s.w.t tidak menjadikan Al-Quran sebagai penentang atau pendakwa terhadap kita.



Dalam kitab La-aalie Masnu'ah telah diriwayatkan daripada Bazzar bahawa terdapat sebuah hadith yang tidak termasuk dalam hadith maudhu' (palsu), "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan semasa keluarganya masih sibuk menguruskan pengkafanan dan pengkebumiannya, seorang yang sangat kacak akan berdiri di kepala mayat itu. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan berada di antara dada mayat dan kain kafan. Apabila mayat itu telah selesai di kebumikan, orang ramai pun pulang dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Mereka cuba memisahkan orang kacak itu daripada mayat tersebut supaya perantaraan dapat dibuat tanpa sebarang gangguan. Namun orang kacak itu akan berkata, "Dia adalah teman saya, dia adalah sahabat saya. Saya tidak akan meninggalkannya berseorangan dalam apa-apa keadaanpun. Sekranya kamu diperintahkan untuk menyoalnya maka jalankanlah tugas kamu. Saya tidak akan berpisah dengannya sehinggalah saya membawanya masuk kedalam syurga." Selepas itu dia akan berpaling kepada temannya itu lalu berkata, "Sayalah Al-uran yang kadang-kadang kamu membaca dengan suara yang kuat dan kadang-kadang dengan perlahan. Janganlah kamu bimbang. Selepas persoalan Munkar dan Nakir engkau tidak akan ada apa-apa kebimbangan lagi." Apabila pertanyaan selesai, orang kacak itu akan menyediakan hamparan dan sebagainya dari al-malai'l-A'ala (malaikat-malaikat di langit). hamparan itu daripada sutera dan dipenuhi dengan kasturi. Semoga Allah s.w.t dengan rahmatnya menganugerahkan kepada saya dan anda semua dengan nikmat ini.



Hadith ini yang lengkap adalah sangat panjang kerana mengandungi banyak fadhilat. Namun di sini hadith ini telah diringkaskan.

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fummurais.blogspot.com%2F2009%2F06%2Fal-quran-pemberi-syafaat-tertinggi-di.html&h=ecb45

Beriman atau Ingkar?

Allah memberi kita pilihan sama ada mahu beriman atau derhaka melalui firman Nya

Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (Al-Kahfi 29)

Lebih baik beriman,sedangkan api di dunia ini pun kita tidak tahan.

Perihal solat.

Rasullullah saw bersabda:

"siapa solat tepat pada waktunya,menyempurnakan wudhuk, rukuk dan sujud serta khusyuk. Naiklah solat itu bagai telur kuning dan berkata,"semoga ALLAH menjaga mu sebagaimana engkau menjaga ku." dan siapa solat tidak tepat waktunya, tidak pula menyempurnakan wudhuk, rukuk, sujud dan khusyuknya, naiklah ia seperti hitam pekat dan berkata "semoga ALLAH mensia-siakan mu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. "Lalu ALLAH membungkusnya seperti membungkus pakaian manusia dan melemparkannya ke mukanya".

Hadiah Orang Mukmin Itu adalah MATI.

Telah berkata Aisyah,"Ya Rasullullah,adakah seseorang yang dikumpulkan bersama para syuhada?" Rasullullah saw menjawab,"Iaitu orang mengingati mati sehari semalam 20 kali".

adapun sebab keutamaan semua itu adalah kerana mengingati mati dapat membuat seseorang tersedar dalam tipuan dunia serta mempersiapkan diri ke Akhirat. Adapun lupa pada mati mengakibatkan seseorang tergila-gila dalam syahwat dunia. Rasullullah saw bersabda:

"Hadiah orang mukmin itu adalah mati".

Fadhilat Berwudhuk.

Rasullullah saw bersabda:

"Manakala orang muslim berwudhuk, lalu dia berkumur, keluarlah dosa dari mulutnya, jika dia menghisap air dengan hidungnya, maka keluarlah dosa dari hidungnya, jika dia membasuh muka, keluarlah dosa dari mukanya dan dari pelupuk matanya. Manakala dia membasuh kedua tangannya,maka keluarlah dosa kedua tangannya hingga dari bawah kuku-kukunya. manakala dia mengusap kepalanya,keluarlah dosa dari kepalanya serta dari bawah kedua telinganya dan manakala dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa dari kedua kakinya serta dari bawah kuku kakinya.

kemudian dia mendapat pahala berjalan ke masjid dan solat sunat".




Rasullullah saw:

"Wudhuk diatas wudhuk adalah nur diatas nur".




Rasullullah saw bersabda;


"Siapa wudhuk masih suci, ALLAH akan menulis untuknya sepuluh kebaikan."




Rasullullah SAW bersabda:

"Siapa ingat ALLAH saat ia berwudhuk, ALLAH akan menyucikan seluruh jasadnya. Dan siapa tidak ingat ALLAH, ALLAH pun tidak akan mensucikannya, kecuali apa yang tersiram oleh air saja".

Jangan syirik kepada ALLAH SWT

Sembah ALLAH dan jangan syirk kepada ALLAH

Buat apa pun kerana ALLAH

Solat lima waktu jangan tinggal.

Muhasabah umur kita aqil baligh dengan umur kita dapat jaga solat 5 waktu.

Tunai zakat

Berpuasa bulan Ramadhan

Tunaikan haji jika mampu

Pintu-pintu kebaikan:

Puasa itu pintu kebaikan,perisai dari melakukan kejahatanw

Sedekah boleh menghapus dosa dan melenyapkan dosa

Pahala sedekah dan batal dosa-dosa kecik,sebagaimana air guna pakai padam api

Seorang yang bangkit solat malam,doa mustajab di sisi ALLAH SWT

Menjauhkan rusuk-rusuk dari tempat tidur

Quran untuk cermin diri kita

Berdoa dengan ALLAH dalam keadaan takut dan tamak kat ALLAH ,rezeki nafkah tuk jalan ALLAH.

Percaya dengan janji-janji ALLAH bagi sedekah.

Tiada manusia tahu apa ALLAH yang nak bagi.

Baca quran baca hadis nabi ada

Pokok segala perkara:

Jadi orang islam.mati sebagai org islam,tolak ayat quran sudah cukup keluar islam.

Tiang islam itu solat.

Kemuncak kepada islam kamu sanggup berjihad.

Pokok yang mengawal semua tadi:

Nabi tunjuk lidah,kamu hendaklah tahan.

Lidah bercakap yang terbit dari hati.

Sedekah tidak akan mengurang harta

Tawadhuk sifat merendah diri

Satu orang tidak boleh merasa bangga terhadap orang lain,tidak boleh menganiayai satu orang lain

Abi hurairah

Sedekah tidak akan mengurang harta,Allah tidak tambah pada hamba itu maaf melainkan kemuliaan.

Orang tawadhuk kerana ALLAH , ALLAH akan angkat dia.

Anas bin malik

Kebiasaan ,anas bagi salam dgn kanak-kanak. Nabi saw buat begitu.

Keutamaan Wudhu dan Orang-Orang yang Putih Cemerlang Wajah, Tangan, serta Kakinya karena Bekas Wudhu

Shahih Bukhari,Imam Bukhari,Kitab Wudhu

Bab 3: Keutamaan Wudhu dan Orang-Orang yang Putih Cemerlang Wajah, Tangan, serta Kakinya karena Bekas Wudhu Nu'aim al-Mujmir Radhiyallahu 'anhu berkata, "Saya naik bersama Abu Hurairah ke atas masjid. Ia berwudhu lalu berkata, 'Sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi bersabda, 'Sesungguhnya pada hari kiamat nanti umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas wudhu. Barangsiapa yang mampu untuk memperlebar putihnya, maka kerjakanlah hal itu.

HINDARI DOSA MENDEDAH AURAT

Wahai kaum muslimin, sesungguhnya ALLAH SWT telah menciptakan alam semesta dalam susunan yang indah sekali. Kemudian, menjadikan segala sesuatu memiliki fungsi dan kegunaannya. Jika seorang makhluq telah melewati batas fungsinya,maka dia akan ditimpa kerosakan dan penyakit dari berbagai penjuru.

Wahai hamba ALLAH,hisablah diri kamu dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak dan isterimu dengan pendidikan yang benar dan bersih dari segala unsur Barat yang dewasa ini melanda akhlak anak-anak kita dan menyusup ke dalam peradaban Arab dan pendidikan Islam. Sehingga mampu menghancurkan apa yang ada di hadapannya berupa akhlaq yang mulia, adat istiadat utama dan norma-norma yang luhur. Semuanya hancur di hadapan pendidikan Barat. Jauhilah hal-hal yang membahyakan agama dan masyarakat,peliharalah perintah-perintah ALLAH.

Kepada kaum Muslimat,hendaklah mempertebalkan rasa malu,memegang teguh batasan syari'at Isla. dan berakhlaklah dengan akhlak yang telah diajarkan ALLAH kepada isteri-isteri Nabi saw.

ALLAH SWT berfirman:

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan dirikanlah sembahyang,tunaikanlah zakat dan taatilah ALLAH dan RASUL-Nya."(Al-Ahzab,33)

Kemudian,ketahuilah wahai kaum muslimat berhijab wajib hukumnya atas kamu. Kamu tidak dibolehkan melanggar batasan Islam dan mengerjakan apa-apa yang diharamkan. Jangan membuka aurat di depan orang yang bukan muhrimmu

ALLAH SWT berfirman:

"Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka (Al-Ahzab,59)

Peliharalah keislaman mu wahai kaum muslimat, Mudah-mudahan ALLAH memelihara Mu. Berakhlaklah dengan akhlak islam,mudah-mudahan ALLAH SWT mempercantikkan dirimu dan mudah-mudahan ALLAH menjadikanmu sebagai ikut-ikutan yang baik.

Peganglah akhlak yang sempurna,kebajikan dan berjalanlah pada jalan keutamaan yang dianjurkan syari'at. Jangan keluar dari adat istiadat Islam yang luhur, kemudian taatlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya.

Masa adalah nyawa

Masa adalah nyawa,

Masa untuk kita akan berhenti bila nyawa KITA sudah ditamatkan oleh ALLAH SWT.

nyawa adalah modal untuk kita membuat transaksi sama ada syurga ALLAH SWT atau neraka ALLAH SWT.

KITA masih boleh mengetik keyboard ini kerana roh masih di jasad, Roh adalah benda ghaib yang ALLAH SWT tidak nampakkan,begitu jua angin? adakah... ANDA tahu bagaimana rupanya angin?

bagaimana ANDA tahu yang menggoyangkan dahan pokok itu angin? Jika tiada benda bernyawa di situ?

Fikir-fikirkanlah, ya ulul albab.

SOLAT SUNAT DHUHA

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga waktu Zohor.

Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"





Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kematian Depan Mata Pun Masih Berfoya-foya!

Jika ALLAH tak ciptakan kematian pasti kita akan sentiasa lalai dengan lupa apa tujuan asal kita dilahirkan ke muka bumi.

Kita lihat sekarang,kematian di depan mata pun kita masih berfoya-foya dengan melupai ALLAH SWT.

Melihat bukan hanya dengan mata zahir tetapi juga dengan melihat mata batin iaitu mata hati. Tak semua manusia ALLAH berikan kelebihan untuk sedar tentang hari akhirat. Bila dah dibagi tu, cuba-cubalah untuk menajamkan lagi dan mengekalkan iaitu istiqamah dalam setiap amalan kita kepda ALAH SWT.

Sekadar Perkongsian: Fadhilat SOLAT.

Dalam sebuah hadis Rasullullah saw:

"Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seorang hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua rakaat".

Muhammad bin Sirrin berkata,"Jika disuruh pilih antara syurga dan dua rakaat,nyata aku memilih dua rakaat. Ini adalah kerana di antara keduanya terdapat redha ALLAH swt sedang di syurga terdapat keredhaan Ku.

Memang orang yang sekadar bersolat itu banyak. Tapi yang benar-benar mendirikannya amat sedikit.Ibadah orang lalai itu kosong.Ia tidak tahu apakah bakal diterima atau tidak.

Dirawikan dari Nabi saw,bersabda:

"Setengah orang dan semua yang solat ,namun solat itu tidak ditulis melainkan sepertiga,seperempat,seperlima dan seperenam."

Sampai beliau menyebutkan sepersepuluhnya,iaitu solat yang ditulis hanya sekadar apa yang direnungnya.

Dirawikan dari Nabi saw,beliau bersabda,:

"Siapa yang solat dua rakaat dengan hati mengadap kepada ALLAH,ALLAH mengampunkan dosanya seperti di hari dia dilahirkan ibunya".

Sungguh solat itu menghadapnya seseorang kepada ALLAH. Siapa solat tidak menghadapkan hatinya kepada ALLAH, malah fikirannya menjalar ke mana-mana, ia bagaikan orang yang berdiri di depan pintu raja meminta ampun akan kesalahannya. Ketika dia sampai ke pintu, dia berdiri di hadapannya, dia menoleh kiri dan kanan. Namun raja tidak memenuhi permintaannya, Raja hanya mendengarnya sahaja. Demikian jua solat, jika orang melakukan dengan hati tidak mengadap kepada ALLAH,ketahuilah solat demikian itu tidak akan diterima.

MEST BACA>> Poco-poco yg tersirat.

MEST BACA>> Poco-poco yg tersirat.....Jangan pandang remeh bab2 keagamaan/..ade relevan nye... fakta ni...





Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah

tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini


| "Assalammualaikum.

|

| Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang | sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

|

| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari | Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka

| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja | bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

|

| Mungkin kita x perasan | kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. | Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu | apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama | maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga | yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.Cuma | tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

| Marilah kita sama2 fikirkan."

|

|

| Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. | Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

|

| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.




Biasalah Bangsa Melayu ni suka ikut mengkhinzir buta tanpa usul periksa mcm la kes2 YOGA tu…….. kesian org melayu…

Dah nasib badan L……..Renung2kanlah ……..

| WALLAHUALAM....

Di mana kita sebelum dilahirkan?

Pernahkah kita berfikir atau merenungkan pertanyaan diatas. Kalau pernah ya alhamdulillah, kalau belum...mari kita merenung sejenak. Siapa yang tahu asal-muasal kita dulu itu darimana?? Siapa yang tahu kita dulu berada dimana sebelum di dunia?? Siapa yang tahu?!! Gak ada yang tahu kan... Benar-benar Allah Maha Besar. Kita diciptakan oleh Allah dalam kondisi berakal, namun akal kita tidak akan pernah sampai untuk memikirkan hal itu. Namun demikian, kita bisa menjadikan hal ini sebagai bahan renungan dalam hidup kita. Kita bisa mengkaji nya dari Al-Quran... Sebagaimana surat

Al-Hajj ayat 5 berikut :



5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.





Kemudian ada juga dari surat Al- Mu’min ayat 67:

67. Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya).



Saudaraku,,, renungkan ayat diatas. Jelas sekali kan bahwasanya kita itu diciptakan dari tanah, kemudian setetes air mani, dst... Dari ayat tersebut, saya ingin bertanya kepada saudara sekalian...



Mengenai pertanyaan dimana kita berada sebelum dilahirkan, hal itu merupakan rahasia Allah...Kita tidak akan pernah mendapatkan jawabannya di dunia...Namun yang jelas, sebelum kita dihidupkan di dunia ini, kita sudah mengenal Allah dan kita juga sudah bersyahadat dan berikrar bahwa Allah SWT adalah Tuhan kita seperti dijelaskan dalam surat Al-A’raaf ayat 172:



Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadapini(keesaanTuhan)",



Allah SWT menyampaikan ayat ini agar kita tidak lalai atau lengah akan keesaan Allah SWT dan selalu menjalankan ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya selama hidup di dunia, dimana semua perbuatan kita di dunia ini pasti akan dimintai pertanggungjawabannya di akhirat kelak...



Berikut ini ada kisah nyata yang saya dapatkan saat saya melihat orangtua berbincang-bincang dengan anaknya yang masih kecil sekali...



Anak bertanya, ”Mamah, mamah...dulu aku dilahirkan dari perut mamah yaa??”

”Iya nak,,, emangnya kenapa??”, tanya Ibunya dengan rasa heran...

”Gak papa mah, Cuma pingin tanya aja... Eh, tapi mah,,, sebelum aku ada di perut mamah, aku ada dimana yah??”



Tersentak, ibunya pun kaget dengan pertanyaan anaknya seperti itu. Mungkin ibu itu berfikir kok bisa anak saya bertanya seperti ini. Pertanyaan yang sangat sulit dijawab oleh orangtua. Setelah berdiam sejenak dan memutar otak untuk menjawabnya, akhirnya ibu tersebut menjawab dengan jawaban seperti berikut...



”Nak, kamu itu diciptakan oleh Allah, dan ibu ini hanya sebagai perantara saja...Memang kamu itu anak ibu, tapi pada hakikatnya kamu itu milik Allah, dan semua milik Allah pasti akan kembali kepada-Nya... Ibu dulu juga tidak tahu nak, dimana ibu berada sebelum ibu dilahirkan dari perut nenekmu... Namun yang penting kita harus bersyukur nak sudah diizinkan untuk mengarungi kehidupan di dunia ini... Tentunya kehidupan yang harus selalu kita hiasi dengan iman dan takwa dengan cara menjalankan perintah-Nya, serta menjauhi larangan-Nya... Begitu Nak...”

”Oo, begitu,, tapi mah,, kalau besuk kita sudah kembali atau meninggal dunia, kita masih bisa bertemu di akhirat atau gak mah??”,tanya anaknya semakin penasaran...



Saya lihat, ibu tersebut semakin bingung dengan pertanyaan anaknya yang semakin dahsyat. Saya juga kagum dengan anak tersebut, masih kecil kok sudah bisa berfikir sampai kesana... Dalam pikiran saya, berarti anak itu sudah bisa bertafakkur...Tak lama kemudian, Ibunya pun menjawab kembali...



”Subhanallah nak, jadi begini... Ibu juga tidak bisa menjamin Nak apakah nanti di akhirat kita bisa bertemu lagi... Semua tergantung keputusan Allah... Kewajiban ibu dititipi kamu oleh Allah SWT adalah membimbing kamu agar kamu menjadi anak yang sholeh nak... Agar kamu menjadi anak yang beriman dan bertakwa kepada Allah...Kalau kamu bisa seperti itu Insya Allah kita bisa bertemu kembali Nak, bahkan dengan suasana yang jauhhh,,,jauhhh,,jaauuuuhhhhh lebih indah dibandingkan dengan suasana indahnya dunia. Karena keindahan surga tidak dapat dibayangkan dan difikirkan Nak”...



Anaknya pun terdiam dan merenung sejenak sambil mengusap kepala, kemudian menjawab...

”Alhamdulillah mah, Insya Allah aku bisa menjadi anak seperti yang mamah inginkan, doakan aku ya mah??”...

”Iya Nak, selalu doakan ibu juga di setiap habis solat yaa, karena hanya doa anak sholeh lah yang bisa meringankan siksa kubur ketika ibu sudah meninggal nanti”...jawab ibunya dengan senyuman...



Wahh,, benar-benar dialog antara anak dan ibu yang membuat saya terkagum-kagum. Oleh karena itu, kita tidak perlu terus mencari jawaban dimana kita sebelum dilahirkan. Yang penting adalah kita harus selalu beribadah kepada Allah, kemudian meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah, kemudian memperbanyak amal makruf, serta mencegah kemungkaran, agar ketika kita meninggal nanti atau ketika kita di akhirat nanti, kita bisa bertemu langsung dengan Allah SWT... Amin Ya Robbal ’Alamin...



Dipetik dari blog: http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fgudangrenungan.blogspot.com%2F2010%2F11%2Fscene-1-take-1-dimana-kita-sebelum.html&h=ecb45?

Tak inginkah kita?

Dalam kitab Zahrir Riyadh,dirawikan dari Nabi saw,sesungguhnya beliau bersabda:

"Ketika telah masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgah sana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu mereka kehairanan,kemudian

ALLAH berfirman:"Wahai hamba-hamba-Ku,mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan."

Mereka menjawab:"Janji untuk kami telah tiba waktunya". Kemudian

ALLAH berfirman kepada malaikat:"Bukalah tabir daripada muka mereka.

Malaikat: Wahai tuhanku, bagaimana dapat melihat Engkau? sedangkan mereka derhaka.

ALLAH berfirman:"Bukakan tabir! Sesungguhnya mereka telah berzikir,bersujud dan menangis di dunia kerana ingin berjumpa dengan-Ku."

Lalu malaikat membuka tabir,sehingga mereka dapat melihat ALLAH. Maka segera mereka bersujud kepada ALLAH tetapi

ALLAH berfirman: Angkatlah kepalamu.Ini bukan tempat beramal melainkan tempat keramat(kemuliaan).

Kemudian mereka dapat melihat ALLAH tanpa kaifiyah.

ALLAH berfirman:"Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hamba Ku. Aku redha kepada kamu. Apakah kamu redha kepada-Ku?"

Mereka menjawab:"Bagaimana kami tidak redha, wahai tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia."

Inilah yang dimaksudkan oleh firman ALLAH SWT:






Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyinah 98:8)




(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

ni'mat-ni'mat.

ya ALLAH.

Jadikan ku orang-orang yang bersyukur diatas ni'mat-ni'mat yang Engkau kurniakan.

ni'mat iman,

ni'mat kesihatan

ni'mat dapat menghirup udara segar

ni'mat makan

ni'mat anak-anak

ni'mat hidup

ni'mat dapat berjalan dengan baik

ni'mat dapat berfikir dengan baik

ni'mat bekerja

ni'mat mendengar

ni'mat melihat dan banyak lagi ni'mat-ni'mat yang lain.

ku rasai amalan yang ku lakukan kepada Mu tidak berbaloi dengan ni'mat-ni'mat yang Engkau kurniakan.

Ya ALLAH, ku pohon keampunan kepda Mu

ku bertaubat atas segala dosa-dosaku.

Mengapa nak sombong?

Bismillahhirrahmaanirrahim.

Sebenarnya agama yang disampaikan sejak dari Moyang kita Nabi Adam a.s sehinggalah ke Kekasihnya Nabi Muhammad saw adalah mengajak kita mentauhidkan ALLAH SWT.Namun ada diantaranya telah diselewengkan untuk kepentingan peribadi oleh hasutan syaitan la'natullah.

Sehingga kini kita dapat melihat kesan dari tindakan sesetengah manusia yang begitu rakus dengan kehidupan dunia. Mereka ini mengkaji jua Al-quran bahkan lebih hebat lagi umat islam sendiri yang masih terbuai-buai dengan tipu daya dunia dan meninggalkan Al-quran sebagai panduan hidup atau manual untuk kehidupan yang sejahtera di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana yang mana tiada lagi tawar menawar tentang amalan yang kita buat semasa hidup.

Manusia yang sentiasa merenungi kematian akan dapat menyedarkan dirinya lantas berusaha untuk lari dari neraka ALLAH. Mengapa nak sombong, riak, ujub sedangkan kita dilahirkan dari setitis air mani yang hina. Kita lahir pun bukannya terus tahu mengenai dunia.Kita bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga islam, negara yang aman,cukup makan takda sampai mengutip-ngutip makanan untuk makan. Syukur banyak-banyak kepada ALLAH SWT,banyak-banyak sujud syukur. Cuba renungi seandainya kita lahir di Afrika sana, takkah kita bersyukur?

Setiap yang berlaku di dunia tidak terlepas dari pengetahuan ALLAH SWT

Bismillaahirrahmaanirraahim.



Al An'am (6)



-Verse 59-



وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ



WaAAindahu mafatihu alghaybi la yaAAlamuha illa huwa wayaAAlamu ma fee albarri waalbahri wama tasqutu min waraqatin illa yaAAlamuha wala habbatin fee thulumati alardi wala ratbin wala yabisin illa fee kitabin mubeenin



Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"









Saudara-saudaraku,



Bawalah minda kita menjelajah jauh kedalam hutan Amazon di tengah-tengah hutan yang tiada berpenghuni melainkan unggas-unggas. Fikirkan sehelai daun jatuh dari tangkainya, betapa manusia tidak akan menyedari daun tersebut. Namun ALLAH SWT tidak akan terlepas dari pengetahuan Nya tentang daun tersebut. Bagaimanakah kita boleh menyatakan bahawa setiap perbuatan kita terlepas dari pengetahuan ALLAH SWT? dan berseronok-seronok sehingga lupa tujuan asal kita dilahirkan ALLAH SWT. Kita lupa ALLAH dan ALLAH akan lupa kita bila saat nya tiba. Hari di mana setiap permintaan akan ditolak. Carilah penghidupan mu di dunia tapi jangan lupa bahagian mu di akhirat. Akhirat destinasi terakhir kita. Kita boleh menghirup udara yang free ini sebab roh kita masih di dalam jasad. Bila masa roh di cabut dari badan satu sen pun tak berguna sekiranya kita gagal dalam ujian hidup di dunia. Dunia ini ujian,ujian untuk kita melihat siapakah amalan yang bagus. Sekiranya orang dari kubur dikembalikan ke dunia tak makan pun tak apa asal dapat buat kebaikan sebanyak mungkin.



Sediakan bekal,sebaik-baik bekal adalah taqwa kepada ALLAH SWT.

Wallahua'alam.

Hadis-hadis untuk kita sandarkan berkenaan amalan shalat.(update)

Adzan.

Dari Abu mahdzurah r.a. katanya:"Rasullullah saw mengajarkan adzan kepadanya sebagai berikut:"Allahu Akbar Allahu Akbar. Asyhadu alla ilaaha illallah Asyhadu alla ilaaha illallah. Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah. Hayya a'alash shalah Hayya a'alash shalah. Hayya a'lal falah Hayya a'alal falah. Allahu Akbar Allahu Akbar. Laa ilaaha illallaah.



Menjawab Adzan.

Dari Umar bin khattab r.a. katanya Rasullullah saw bersabda:"Apabila muadzin menyerukan adzan,maka jawablah sebgai berikut:"Allahu Akbar Allahu Akbar", jawabnya Allahu Akbar Allahu Akbar."Asyhadu alla ilaaha illallah ". "jawabnya:"Asyhadu alla ilaaha illallah"."Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah", jawabnya:"Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah". "Hayya a'alash shalah", jawabnya:"La hawla wala quwwata illa billah." Hayya a'lal falah", jawabnya:"La hawla wala quwatta illa billah." Allahu Akbar,Allahu Akbar", jawabnya:"Allahu Akbar,Allahu Akbar". La ilaaha illallah" jawabnya "La ilaaha illallah."

Jika kamu jawab seperti itu dengan sepenuh hatimu, maka kamu masuk syurga.



Takbir dan Mengangkat Tangan.

Dari Salim bin Abdullah bin Umar r.a.,katanya:"Apabila Rasullullah saw hendak shalat, maka diangkatnya kedua tangannya hingga setentang dengan kedua bahunya sambil membaca takbir.Apabila beliau hendak ruku' dilakukannya seperti itu, begitu pula ketika bangkit dari ruku'.' Tetapi beliau tidak melakukannya ketika mengangkat kepala dari Sujud."



Membaca Ayat.

Dari 'Atha' r.a. katanya Abu Hurairah berujar:"Dalam setiap shalat,Rasullullah saw selalu membaca (ayat) kerana itu, bacaan yang dinyaringkan kepada kami,kami nyaringkan pula dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya kami perlahankan pula kepadamu." Lalu seorang laki-laki bertanya,"Bagaimana kalau tidak kutambah lagi bacaan ku selain membaca Al-Fatihah?" Jawabnya,"Jika anda tambah lebih baik,jika tidak,maka Al-Fatihah sudah cukup."



Meletakkan Tangan ke dada.

Dari Wa-il bin Hujr r.a katanya dia melihat Rasullullah saw mengangkat kedua tangannya pada permulaan shalat setentang dengan telinganya sambil membaca takbir.Kemudian dilipatkan bajunya lalu diletakkan tangan kanan di atas yang kiri.Ketika beliau hendak ruku' dikeluarkan kedua tangannya dari lipatan baju, kemudian diangkatnya sambil membaca takbir,lalu beliau ruku'. Ketika beliau membaca sami'allahu liman hamidah, diangkatnya pula kedua tangannya. Ketika sujud,beliau sujud antara kedua telapak tangannya.



Sahih Muslim.

Didikan dari kecil.

Kelemahan umat islam kini adalah kerana umatnya sendiri akibat daripada meninggalkan apa-apa pesanan dari Rasullullah saw baik dari Al-Quran mahupun as-sunnahnya.

Berapa ramai orang islam tak solat? tak terasa apa-apa bila tidak solat. Berapa ramai orang islam tak menutup aurat,tak terasa apa-apa pun?






Inilah pentingnya didikan dari kecil. Anak-anak diajar untuk solat bila usia 7 tahun dan dipukul seandainya tidak solat bila usia 10 tahun. Ini supaya bila mereka biasa solat, cahaya keimanan akan masuk secara perlahan-lahan ke dalam hati anak-anak itu. Ibubapa memainkan peranan yang penting,kenapa?Merekalah perisai kepada anak-anak bila mereka semakin meningkat dewasa.Dididikan dan teguran amat penting supaya tidak terbabas ke jalan syaitan.

Barangsiapa yang meninggalkan sunnah,dia akan sesat. Solat jemaah contohnya, ia adalah salah satu contoh sunnah Rasullullah saw. Seandainya kita meninggalkan sunnah bererti kita ...,na'uzubillah. Jemaah adalah lambang kepada kekuatan umat islam. Seandainya umat islam meninggalkan kelompok jemaah ia akan menjadi lemah. Tak kisahlah jemaah macam mana pun asalkan kita sama-sama menuju kepada Allah swt. Tujuan kita lahir diantaranya adalah untuk kembali semula kepada Allah swt dengan keredhaan Nya. Usahlah kita lupa dan lalai kerana ni'mat dunia yang tak seberapa ini dibandingkan dengan ni'mat yang Allah swt sediakan untuk hamba-hamba Nya yang soleh. Carilah bahagian mu di dunia tapi jangan lupa bahagian mu di akhirat dan akhiratlah tempat kita kembali selama-lamanya,kenapa? kamu sekarang hidupkan! Di mana datuk nenek kita sekarang? Bukankah mereka telah menemui janji Allah swt dan mereka telah yakin dengan sebenar-benarnya. Cucilah hati,bersihkan hati dan kilatkan hati agar senang hidayah Allah masuk ke dalam hati. Tawadhuk seandainya ada orang memberi nasihat kepada kebaikan usah dilawan atau disangkal di dalam hati. Ingatlah Allah setiap saat kita melakukan pekerjaan,ambillah quran sebagai teman yang setia,jadikan sunnah sebagai panduan, jadikan orang-orang alim sebagai idola kita. Peliharalah hati dari terlibat dengan dosa-dosa biarpun dosa kecil,contohnya melihat drama-drama di televisyen yang mana laki-laki dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Setiap benda yang mendatangkan kebaikan memang susah hendak dikerjakan kerana syaitan dan nafsu memang dengki kepada orang yang ingin membuat kebaikan tapi bila didorong untuk membuat perkara yang sia-sia terasa ringan sekali untuk dilakukan namun kemurkaan Allah yang kita dapat.

Ya Allah,ku pohon keampunan Mu. Berilah petunjuk dan hidayah kepada ku.

Mudah-mudahan Allah swt memberi kekuatan kepada kita untuk hidup diatas sunnah Rasullullah saw.

Permata yang Hilang...

saudara-saudaraku.

Rehatkan minda, tenangkan perasaan.

Renungi umur kita,berapa sudah jauh kita melangkah di alam dunia ini?

20 tahun?30 tahun?40 tahun?50 tahun?60 tahun?70 tahun?80 tahun?

Berapa banyak makanan yang sudah kita makan? yang akhirnya ada yang menjadi tenaga dan bahan kumbahan.

Berapa lama sudah kita tidur selama ini? tidak pernah jemukah kita?

Berapa banyak sudah Oksigen yang Allah kurniakan kepada kita yang diberi tanpa bayaran sudah kita sedut?

Semua benda ini hasil akhirnya adalah tidak berguna sama sekali tapi bagaimana dengan amalan baik yang kita lakukan selama ini,apakah kita mengira ianya tidak dicatat?tidak,tidak sekali-kali saudara-saudara ku.




Amalan baik walaupun sebesar zarah tetap akan masuk dalam perkiraan Allah swt begitu jua dengan amalan jahat.

Kasih-sayang Allah terhadap hamba Nya telah terbukti begitu banyak sekali. Niat untuk membuat kebaikan sahaja sudah mendapat pahala belum dilaksanakan lagi. Diberitahu Nya melalui lidah Rasul Nya akan peristiwa-peristiwa yang akan datang supaya kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar supaya kita dapat kembali kepada Nya dengan penuh Redha.

Usia adalah permata hidup yang tak ternilai harganya. Permata yang hilang tak bisa diambil kembali atau dimanfaat untuk kebaikkannya. Samakah tenaga yang kita miliki semasa muda dengan tenaga yang kita miliki apabila kita sudah sampai ke usia 80 tahun? tidak saudara-saudaraku,perhatikan seorang tua yang berjalan perlahan-lahan berbanding dengan seorang muda. Cuba kita ajak lumba lari dengan mereka siapakah yang akan menang? Mudah-mudahan Allah swt membuka pintu hati kita untuk melihat kehidupan selepas kematian kita yang tidak tahu bila dan di mana.

wallahua'alam.

Kesempurnaan shalat.

Dikatakan:"Dalam shalat itu ada 12 ribu tingkat. Lalu dikumpulkan menjadi 12 sahaja,agar shalatnya menjadi sempurna.

Yang enam sebelum masuk dan enam lagi di dalamnya.

Ilmu
Wudhuk
Berpakaian
Menjaga waktu
Menghadap kiblat
Niat
Takbir
Berdiri
Membaca Al-Fatihah
Ruku'
Sujud
Duduk tasyahud
Adapun ilmu mencakupi 3 hal:Pertama mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunnah.Kedua,mengetahui fardhu dan sunatnya wudhuk dan ketiga mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapat memeranginya.

Adapun kesempurnaan wudhuk terdapat dalam 3 hal. Pertama, menyucikan hati dari dengki hasad dan marah.Kedua menyucikan badan dari dosa dan ketiga membasuh anggota wudhuk dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.

Kesempurnaan dalam berpakaian juga dalam 3 hal: Pertama,halal. Kedua, suci dari najis dan ketiga,sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.

Dalam dalam menjaga waktu,ada juga ada 3 hal: Pertama,apabila melihat matahari atau bulan atau yang lain hingga dapat menentukan waktu.Kedua,pendengaranmu kepada Adzan.Ketiga,agar fikiranmu selalu memperhatikan waktu.

Soal mengadap kiblat,ada 3 hal jua. Pertama,menghadap kiblat dengan mukamu.Kedua, Mengadap kepada Allah swt dengan hatimu.Ketiga,hendaklah engkau khusyuk.

Demikian pula kesempurnaan niat terdapat dalam 3 perkara,:Pertama,mengetahui sedang solat apa.Kedua,sedar sedang berdiri di hadapan Allah dan dilihatnya.Ketiga, tahu bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati sehingga kamu harus mengosongkannya dari segala kesibukkan dunia.

bersambung...

Ujian dan Rintangan...

Bismillahirrahmaanirraahim.

Segala puji bagi Allah,tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad,Rasul dan kekasih Allah swt.




Setiap hari kita tidak terlepas diuji dengan berbagai ujian.Baik ujian berupa kebaikan,keburukkan, ujian manis ujian pahit suka atau duka. Semua ujian-ujian itu adalah datang dari Allah swt untuk melihat kita sama ada syukur atau kufur kepada Allah swt. Ni'mat yang paling banyak manusia tewas adalah n'mat kesenangan melainkan orang yang Allah swt berikan hidayah. Pengalaman bagaimana kita menghadapi cabaran itu akan memberi pengajaran dan tarbiah kepada kita seterusnya menjadikan kita seorang yang berfikiran kritis dan kreative dan pemikiran kita hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah supaya kita tidak angkuh dan sombong. Ini juga ujian bagi kita. Jangalah kita memandang bahawa apa-apa kejayaan kita adalah hasil usaha kita tetapi tetaplah memandang kepada Allah swt. tak layak kita merasa bangga diri kerana kita adalah hamba ciptaan Allah swt dari setitis air mani yang hina. Sekuasa-kuasanya kita dan kita akan kembali kepada Allah dengan hanya berbalutkan kain putih, tiada siapa yang akan menemani kita di dalam kubur,harta,isteri,anak-anak saudara mara kawan sekancing mana pun pasti akan meninggalkan kita setelah jasad kita di masukkan ke dalam kubur. Sedih tuan-tuan,puan-puan seandainya kita kembali dengan tiada amalan disebabkan lalai dengan urusan dunia.Kehidupan ini hanya sekelip mata sahaja,berapa lama dah kita hidup? seandainya kita mempersia-siakan masa yang Allah peruntukkan kita dengan begitu sahaja.

Kita tidak solat,kita tidak menutup aurat,kita tidak puasa,kita tidak menjalankan perintah Allah bagi kepada kita.Rugi kita. Biarpun umur kita sampai ke tua tapi dapatkah kita menggantikan masa muda kita yang dipersiakan dengan mempertuhankan dunia semata-mata tanpa mengingati Allah swt.

Rasullullah saw amat menyayangi umatnya. Ditinggalkannya Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan dan pedoman kita dalam menjalani kehidupan kita di atas muka bumi ini selama mana kita masih bernafas supaya kita tidak tersesat jalan.

Di dalam Al-Quran banyak pengajaran,peringatan janji-janji Allah dan ancaman dari Allah swt,kembalilah kepada Al-Quran dan jadikan ianya sebagai teman yang setia suapaya setelah kita mati ia akan menjadi teman yang setia di dalam kubur dan pembela dikala manusia huru-hara resah gelisah menantikan saat amal diperhitungkan...Yakinlah.Kematian itu pasti tiba,cuma tika dan saatnya saja.

Tahu kenapa saya suka untuk ingat tentang kematian? saya seolah-olah telah berada di dalam kubur dan berada sendirian ditinggalkan sendirian seperti mana saya melihat saudar-saudara kita yang telah kembali.Seolah-olah saya yang berada di situ,difikirkan bila saya dah tua,saat untuk saya kembali begitu hampir sekali. Kini saya sedang berusaha untuk menghafal Al-Quran sebanyak yang boleh bagi menghadapi perjalanan yang saya sendiri pun tidak pasti lagi.

Hanya ada perasaan harap dan takut kepada Allah swt.

Wallahua'alam.

Rukun islam

Rukun islam adalah

Mengucap dua kalimah syahadah.

Solat lima waktu.

Berpuasa di bulan Ramadahan.

Mengeluarkan zakat.

Pergi Haji ke Mekah sekiranya mampu.

Kesemua perkara ini akan membuktikan keimanan kita seandainya kita melakukannya. Iman itu ditasdiqkan di dalam hati, diikrarkan di lidah dan dibuktikan dengan perbuatan lahiriah. Kelima-lima perkara itu adalah diibaratkan tiang kepada sebuah binaan,tanpa salah satu tiang di dalam rukun islam, binaan itu akan nampak pincang dan boleh runtuh bila-bila masa. Mengucap adalah ikrar kita bahawa menafikan tiada tuhan lain selain Allah swt yang berkuasa segala-galanya dan mengakui Nabi Muhammad saw itu adalah Pesuruh Allah swt.Sesiapa yang mengucap kalimah syahadah dia telah masuk islam dan dia terikat dengan perintah-perintah yang telah diperintahkan. Seandainya dia mengikut perintah-perintah berkenaan dia akan dikurniakan syurga dan seandainya dia engkar dengan perintah-perintah itu, nerakalah tempatnya.

Mendirikan solat bererti menegakkan solat dan mendirikan hukum-hukumnya. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kemungkaran. Rahmat Allah turun dari langit terus ke Masjidil Haram dan di sana ia akan berpecah ke Masjid-Masjid dan ke surau-surau. Kita dituntut untuk bersolat di Masjid-masjid untuk mengambil Rahmat Allah itu dan membawa rahmat itu untuk dikongsi bersama-sama dengan keluarga di rumah. Jika kita solat dan kita masih tidak berupaya mencegah kemungkaran,periksa kembali solat kita pasti ada di mana-mana silapnya. Di dalam doa iftitahkah,di dalam Al-Fatihah, atau lain-lain rukun solat. Rujuklah kepada orang-orang alim yang berdekatan.

Solat Fardhu,Subuh,Zohor,Asar,Maghri

b dan Isyak. Tambahlah dengan sunat untuk menampung mana-mana solat fardhu kita yang kurang sempurna itu.

Berpuasa di bulan Ramadahan. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi mestilah merangkumi puasa hati dan mulut, tangan dan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan mudharat kepada puasa kita. Bila time nak berbuka janganlah biarkan nafsu kita mengawal kita.Cukuplah sekadar 2-3 lauk sahaja atau buah kurma dengan air kosong dan kita berbuka awal dan disambung dengan solat Maghrib dan bila bersahur seelok-eloknya dilewatkan untuk mengambil berkah dan terus solat Subuh di Masjid dan bukan tidur balik bila dah bersahur.

Mengeluarkan Zakat...sesungguhnya dalam pendapatan kita terdapat bahagian-bahagian untuk mereka yang meminta-minta. Zakat ini perlu untuk menyucikan diri kita supaya tidak mementingkan dirinya sendiri.Kita umat islam mestilah menolong mereka yang susah dalam penghidupan. Tak semua manusia dikurniakan dengan kehidupan yang senang. Meskipun kita dulu susah dan kita berusaha dan dikurniakan Allah, kita dengan harta yang banyak dan senang. Janganlah kita lupa bahawa kita dulu bermula dengan susah. Allah tidak meminta rezeki kepada kamu bahkan Allahlah yang memberi rezeki kepada kamu. Tidakkah kita patut bersyukur dengan mengeluarakan zakat dan bersedekah.

Menunaikan haji ke Mekah. Sekali seumur hidup sekiranya mampu. Ianya adalah ibadah berkenaan lahiriah dan batiniah. Dengan simpanan 3000 di tabung haji kita boleh mendaftar untuk pergi haji dan hanya menunggu giliran kita. Niat mesti ada walaupun kita belum mampu untuk ke sana. Ibadah haji adalah ibadah kemuncak dari semua ibadah, Pergi haji mestilah dengan hati yang penuh tawadhuk dan rendah diri. Rasa kehambaan yang penuh. Amalan kita sepatutnya bertambah dari sebelum kita pergi haji. Hati kita sentiasa terpaut dengan setiap kebaikan yang Allah janjikan kepada kita. Title haji itu bukan target kita untuk pergi Haji tetapi pengharapan dan ketakutan kita kepada Allah swt dengan bermunajat, merintih, merayu memohon bantuan Allah swt di sana di tanah suci entah bila entah dapat ke tak lagi kita pergi ke sana itu yang kita minta. Berdoa agar di matikan dalam islam beriman agar kita dapat berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. amin.

Wallahua'alam.

Roh Solat.

Bismillaahirrahmaanirrahim.



Mengapa dikatakan solat itu mempunyai roh? Apakah pentingnya roh solat itu? Jika seseorang yang mempunyai roh yang kuat (tanpa izin dari Allah swt) dia tidak akan mudah diserang histeria. Begitu jua solat,seseorang yang mempunyai roh solat yang kuat akan melahirkan individu yang mantap imannya dan berupaya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah swt yang lain dengan semampunya.

Kita melihat,bila iqamah dah dilaungkan masih jua ada jemaah yang masih bercakap-cakap sedangkan dia hendak mengadap Allah swt,tak gerunkah dia?sama jua azan dilaungkan masih ada jua jemaah bercakap-cakap perkara yang tidak mendatangkan faedah. Jika benda baik tak salah. Di sini adab-adabnya kita kena jaga.Ketika masuk masjid jangan main sebarang,kaki kanan dulu,doa baca dalam hati. Solat tahyyatul masjid sebelum wudhuk. Semua ini kena ada ilmu. tanpa ilmu gerun kepada Allah swt tidak akan wujud. solatlah kita sebagaimana kita solat tanpa ada pengertian apa-apa. Itu lebih baik dari tidak solat. Mana lah tahu Allah swt dengan sifat Rahim Nya melimpahkan kita dengan petunjuk dan Hidayahnya.

Isyak nak masuk dah.

Assalaamua'laikum.

Antara Tahu dan Faham.

Bismillaahirrahmaanirrahim.

Manusia yang lahir tidak terus mengerti apa-apa yang ada di muka bumi. Hari demi hari dia akan belajar benda-benda yang baru dia ketemui. Ini dinamakan proses pembelajaran. Proses ini bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah tapi berlaku di mana-mana seandainya manusia itu mahu menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah swt kepadanya dengan sebaik-baik. Penciptaan malam dan siang,tumbuhan,haiwan-haiwan,hujan,kilat,manusia yang berbagai-bagai keturunan, manusia miskin dan manusia kaya dan lain-lain penciptaan. Semuanya mengandungi pelajaran dan pengajaran serta iktibar untuk kita renungi dan kita muhasabah diri.

Jika kita tanya orang islam, tahukah nama tuhan kita? tentu mereka menjawab Allah.Ini membuktikan mereka tahu,namun adakah mereka faham dengan menyebut nama tuhan,Allah swt sedangkan mereka tidak mendirikan perintah-perintah Nya dan menjauhi larangan Nya.Seandainya mereka faham tentu Masjid-masjid akan sentiasa penuh di kala solat Fardhu bukan hanya solat Jumaat,tentulah tiada sikap menganiayai sesama saudara islam dan kes buang bayi tidak akan menjadi kronik. Tahu sahaja tanpa sampai ke lubuk hati amat merbahaya kerana dikhuatiri akidah kita boleh terpesong di saat ajal kita tiba. Tanpa pengukuhan akidah yang kuat dengan hanya tahu sahaja kita akan senang diperkotak-katik oleh syaitan la'natullah. Di sinilah keutamaan ilmu agama diperlukan dan dipertingkatkan bukan hanya selepas belajar menengah atau kolej atau university kita terus mematikan langkah untuk menuntut ilmu tapi belajar dan terus belajar sehingga ke liang lahad.

Bila kita dah tahu dan dengan ilmu yang menyebabkan kita tahu.Dari situ kita akan cuba memahami sedikit demi sedikit keindahan agama serta mengamalkan apa-apa ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt kerana Dialah tujuan tunggal kita lahir ke Dunia,mencari keredhaan Allah swt.

Monday, January 17, 2011

Kenapa kita dihidupkan.

Bismillaahirrahmaanirraahim.

Kelahiran kita ke dunia ini adalah dengan tanpa ada apa-apa momerandum atau perjanjian yang mengarah ke mana arah tuju kita dalam keadaan kita sedar sebagaimana kita membaca penulisan ini. Lahir sahaja kita menangis kerana perubahan suasana yang begitu enak sekali di alam rahim ibu dan tiba-tiba berada di dalam suasana yang berbeza.Itulah dinamakan alam dunia.Bagaimana kita boleh tahu kita berada di alam dunia? tentulah kerana kita ada ilmu,bagaimana bisa seseorang itu tahu jika dia tidak berilmu? Proses mendapat ilmu kenalah belajar.Baik belajar secara formal atau tidak formal.