Saturday, February 5, 2011

Antara Tahu dan Faham.

Bismillaahirrahmaanirrahim.

Manusia yang lahir tidak terus mengerti apa-apa yang ada di muka bumi. Hari demi hari dia akan belajar benda-benda yang baru dia ketemui. Ini dinamakan proses pembelajaran. Proses ini bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah tapi berlaku di mana-mana seandainya manusia itu mahu menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah swt kepadanya dengan sebaik-baik. Penciptaan malam dan siang,tumbuhan,haiwan-haiwan,hujan,kilat,manusia yang berbagai-bagai keturunan, manusia miskin dan manusia kaya dan lain-lain penciptaan. Semuanya mengandungi pelajaran dan pengajaran serta iktibar untuk kita renungi dan kita muhasabah diri.

Jika kita tanya orang islam, tahukah nama tuhan kita? tentu mereka menjawab Allah.Ini membuktikan mereka tahu,namun adakah mereka faham dengan menyebut nama tuhan,Allah swt sedangkan mereka tidak mendirikan perintah-perintah Nya dan menjauhi larangan Nya.Seandainya mereka faham tentu Masjid-masjid akan sentiasa penuh di kala solat Fardhu bukan hanya solat Jumaat,tentulah tiada sikap menganiayai sesama saudara islam dan kes buang bayi tidak akan menjadi kronik. Tahu sahaja tanpa sampai ke lubuk hati amat merbahaya kerana dikhuatiri akidah kita boleh terpesong di saat ajal kita tiba. Tanpa pengukuhan akidah yang kuat dengan hanya tahu sahaja kita akan senang diperkotak-katik oleh syaitan la'natullah. Di sinilah keutamaan ilmu agama diperlukan dan dipertingkatkan bukan hanya selepas belajar menengah atau kolej atau university kita terus mematikan langkah untuk menuntut ilmu tapi belajar dan terus belajar sehingga ke liang lahad.

Bila kita dah tahu dan dengan ilmu yang menyebabkan kita tahu.Dari situ kita akan cuba memahami sedikit demi sedikit keindahan agama serta mengamalkan apa-apa ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt kerana Dialah tujuan tunggal kita lahir ke Dunia,mencari keredhaan Allah swt.

No comments:

Post a Comment