Saturday, February 5, 2011

Didikan dari kecil.

Kelemahan umat islam kini adalah kerana umatnya sendiri akibat daripada meninggalkan apa-apa pesanan dari Rasullullah saw baik dari Al-Quran mahupun as-sunnahnya.

Berapa ramai orang islam tak solat? tak terasa apa-apa bila tidak solat. Berapa ramai orang islam tak menutup aurat,tak terasa apa-apa pun?






Inilah pentingnya didikan dari kecil. Anak-anak diajar untuk solat bila usia 7 tahun dan dipukul seandainya tidak solat bila usia 10 tahun. Ini supaya bila mereka biasa solat, cahaya keimanan akan masuk secara perlahan-lahan ke dalam hati anak-anak itu. Ibubapa memainkan peranan yang penting,kenapa?Merekalah perisai kepada anak-anak bila mereka semakin meningkat dewasa.Dididikan dan teguran amat penting supaya tidak terbabas ke jalan syaitan.

Barangsiapa yang meninggalkan sunnah,dia akan sesat. Solat jemaah contohnya, ia adalah salah satu contoh sunnah Rasullullah saw. Seandainya kita meninggalkan sunnah bererti kita ...,na'uzubillah. Jemaah adalah lambang kepada kekuatan umat islam. Seandainya umat islam meninggalkan kelompok jemaah ia akan menjadi lemah. Tak kisahlah jemaah macam mana pun asalkan kita sama-sama menuju kepada Allah swt. Tujuan kita lahir diantaranya adalah untuk kembali semula kepada Allah swt dengan keredhaan Nya. Usahlah kita lupa dan lalai kerana ni'mat dunia yang tak seberapa ini dibandingkan dengan ni'mat yang Allah swt sediakan untuk hamba-hamba Nya yang soleh. Carilah bahagian mu di dunia tapi jangan lupa bahagian mu di akhirat dan akhiratlah tempat kita kembali selama-lamanya,kenapa? kamu sekarang hidupkan! Di mana datuk nenek kita sekarang? Bukankah mereka telah menemui janji Allah swt dan mereka telah yakin dengan sebenar-benarnya. Cucilah hati,bersihkan hati dan kilatkan hati agar senang hidayah Allah masuk ke dalam hati. Tawadhuk seandainya ada orang memberi nasihat kepada kebaikan usah dilawan atau disangkal di dalam hati. Ingatlah Allah setiap saat kita melakukan pekerjaan,ambillah quran sebagai teman yang setia,jadikan sunnah sebagai panduan, jadikan orang-orang alim sebagai idola kita. Peliharalah hati dari terlibat dengan dosa-dosa biarpun dosa kecil,contohnya melihat drama-drama di televisyen yang mana laki-laki dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Setiap benda yang mendatangkan kebaikan memang susah hendak dikerjakan kerana syaitan dan nafsu memang dengki kepada orang yang ingin membuat kebaikan tapi bila didorong untuk membuat perkara yang sia-sia terasa ringan sekali untuk dilakukan namun kemurkaan Allah yang kita dapat.

Ya Allah,ku pohon keampunan Mu. Berilah petunjuk dan hidayah kepada ku.

Mudah-mudahan Allah swt memberi kekuatan kepada kita untuk hidup diatas sunnah Rasullullah saw.

No comments:

Post a Comment