Saturday, February 5, 2011

Rukun islam

Rukun islam adalah

Mengucap dua kalimah syahadah.

Solat lima waktu.

Berpuasa di bulan Ramadahan.

Mengeluarkan zakat.

Pergi Haji ke Mekah sekiranya mampu.

Kesemua perkara ini akan membuktikan keimanan kita seandainya kita melakukannya. Iman itu ditasdiqkan di dalam hati, diikrarkan di lidah dan dibuktikan dengan perbuatan lahiriah. Kelima-lima perkara itu adalah diibaratkan tiang kepada sebuah binaan,tanpa salah satu tiang di dalam rukun islam, binaan itu akan nampak pincang dan boleh runtuh bila-bila masa. Mengucap adalah ikrar kita bahawa menafikan tiada tuhan lain selain Allah swt yang berkuasa segala-galanya dan mengakui Nabi Muhammad saw itu adalah Pesuruh Allah swt.Sesiapa yang mengucap kalimah syahadah dia telah masuk islam dan dia terikat dengan perintah-perintah yang telah diperintahkan. Seandainya dia mengikut perintah-perintah berkenaan dia akan dikurniakan syurga dan seandainya dia engkar dengan perintah-perintah itu, nerakalah tempatnya.

Mendirikan solat bererti menegakkan solat dan mendirikan hukum-hukumnya. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kemungkaran. Rahmat Allah turun dari langit terus ke Masjidil Haram dan di sana ia akan berpecah ke Masjid-Masjid dan ke surau-surau. Kita dituntut untuk bersolat di Masjid-masjid untuk mengambil Rahmat Allah itu dan membawa rahmat itu untuk dikongsi bersama-sama dengan keluarga di rumah. Jika kita solat dan kita masih tidak berupaya mencegah kemungkaran,periksa kembali solat kita pasti ada di mana-mana silapnya. Di dalam doa iftitahkah,di dalam Al-Fatihah, atau lain-lain rukun solat. Rujuklah kepada orang-orang alim yang berdekatan.

Solat Fardhu,Subuh,Zohor,Asar,Maghri

b dan Isyak. Tambahlah dengan sunat untuk menampung mana-mana solat fardhu kita yang kurang sempurna itu.

Berpuasa di bulan Ramadahan. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi mestilah merangkumi puasa hati dan mulut, tangan dan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan mudharat kepada puasa kita. Bila time nak berbuka janganlah biarkan nafsu kita mengawal kita.Cukuplah sekadar 2-3 lauk sahaja atau buah kurma dengan air kosong dan kita berbuka awal dan disambung dengan solat Maghrib dan bila bersahur seelok-eloknya dilewatkan untuk mengambil berkah dan terus solat Subuh di Masjid dan bukan tidur balik bila dah bersahur.

Mengeluarkan Zakat...sesungguhnya dalam pendapatan kita terdapat bahagian-bahagian untuk mereka yang meminta-minta. Zakat ini perlu untuk menyucikan diri kita supaya tidak mementingkan dirinya sendiri.Kita umat islam mestilah menolong mereka yang susah dalam penghidupan. Tak semua manusia dikurniakan dengan kehidupan yang senang. Meskipun kita dulu susah dan kita berusaha dan dikurniakan Allah, kita dengan harta yang banyak dan senang. Janganlah kita lupa bahawa kita dulu bermula dengan susah. Allah tidak meminta rezeki kepada kamu bahkan Allahlah yang memberi rezeki kepada kamu. Tidakkah kita patut bersyukur dengan mengeluarakan zakat dan bersedekah.

Menunaikan haji ke Mekah. Sekali seumur hidup sekiranya mampu. Ianya adalah ibadah berkenaan lahiriah dan batiniah. Dengan simpanan 3000 di tabung haji kita boleh mendaftar untuk pergi haji dan hanya menunggu giliran kita. Niat mesti ada walaupun kita belum mampu untuk ke sana. Ibadah haji adalah ibadah kemuncak dari semua ibadah, Pergi haji mestilah dengan hati yang penuh tawadhuk dan rendah diri. Rasa kehambaan yang penuh. Amalan kita sepatutnya bertambah dari sebelum kita pergi haji. Hati kita sentiasa terpaut dengan setiap kebaikan yang Allah janjikan kepada kita. Title haji itu bukan target kita untuk pergi Haji tetapi pengharapan dan ketakutan kita kepada Allah swt dengan bermunajat, merintih, merayu memohon bantuan Allah swt di sana di tanah suci entah bila entah dapat ke tak lagi kita pergi ke sana itu yang kita minta. Berdoa agar di matikan dalam islam beriman agar kita dapat berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. amin.

Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment