Saturday, February 5, 2011

Jenis-jenis hidayah.

Bismillaahirrahmaanirraahim.



Hidayah adalah suatu kurniaan Allah yang begitu indah sekali,tidak mampu untuk diucapkan dengan perkataan. Berbahagialah orang-orang yang mendapat hidayah dan berusaha mengekalkan hidayah. Carilah hidayah kerana kita dibekalkan usaha untuk mencarinya disamping berdoa kepada Nya.

Ianya boleh dibahagi beberapa jenis yang Allah kurniakan kepada kita selaku makhluqnya yang masih hidup ini.

1. Hidayah Ilham

2.Hidayah pancaindera

3.Hidayah Akal

4.Hidayah Agama

5.Hidayah iman.



Hidayah Ilham

-Mari kita renungi,bagaimana bayi yang baru lahir. letakkan dia berdekatan dengan ibunya pasti dia akan secara automatik mencari dan menghisap susu ibunya untuk memenuhi keperluannya tanpa diajar.

Renungi pula anak-anak ayam,taburkan beras-beras pasti dia akan makan tanpa diajar. Itulah yang dinamakan hidayah ilham atau naluri.

Manusia dikurniakan aqal dan nafsu.Haiwan pula dikurniakan naluri nafsu.Malaikat adalah makhluq yang mulia dan taat dia malaikat tidak dikurniakan nafsu.

Manusia yang dapat mengekang nafsu ke arah kejahatan dan menggunakan aqal dengan sebaik-baiknya adalah manusia yang mulia. Namun,manusia yang mengikut hawa nafsu adalah lebih hina dari binatang.

"Sesiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah,lalu dia sedikit tidak pun memiliki cahaya." (Surah An-Nur,ayat 40)

Hidayah Pancaindera

-Manusia dan haiwan dikurniakan pancaindera mata,telinga,mulut hidung untuk memudahkan kita membuat perkara-perkara yang mendatangkan faedah seperti makan,minum,berjalan dan lain-lain.

Ikan Yu dapat menghidu bau darah dalam jarak beratus kilometer,anjing jenis bloodhound pula mempunyai keistimewaan menghidu sejuta kali berbanding manusia.

Namun,hidayah pancaindera yang dikurniakan kepada makhluq bernama manusia adalah untuk mendukung hati untuk beribadah kepada Allah swt. Kunci kebahagiaan adalah ketaatan kepada Allah swt dalam melaksanakan kewajipan kepada Nya.

"Pada hari itu,lidah,tangan dan kaki menjadi saksi atas apa yang mereka kerjakan dahulu" (Surah an-Nur ayat 24)



Hidayah Aqal

-Manusia dikurniakan aqal oleh Allah swt untuk menentukan mana yang baik dan buruk. Malaikat dan syaitan pun ada dikurniakan aqal,namun yang membezakan adalah kualiti aqal tersebut.Seandainya aqal kita condong kearah malaikat kita akan menjadi manusia yang mulia.Jika aqal kita condong kepada kearah syaitan kita akan jadi manusia yang hina di dunia dan di akhirat.

Ingatkah kita ketika malaikat bertanya kepada Allah swt mengapa diciptakan manusia yang sentiasa berbunuhan dan membuat kerosakan di muka bumi.Allah menjawab," Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Dengan aqal juga manusia dapat berkomunikasi dengan baik sesama manusia serta mampu taat dalam menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.

No comments:

Post a Comment