Saturday, February 5, 2011

Sekadar Perkongsian: Fadhilat SOLAT.

Dalam sebuah hadis Rasullullah saw:

"Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seorang hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua rakaat".

Muhammad bin Sirrin berkata,"Jika disuruh pilih antara syurga dan dua rakaat,nyata aku memilih dua rakaat. Ini adalah kerana di antara keduanya terdapat redha ALLAH swt sedang di syurga terdapat keredhaan Ku.

Memang orang yang sekadar bersolat itu banyak. Tapi yang benar-benar mendirikannya amat sedikit.Ibadah orang lalai itu kosong.Ia tidak tahu apakah bakal diterima atau tidak.

Dirawikan dari Nabi saw,bersabda:

"Setengah orang dan semua yang solat ,namun solat itu tidak ditulis melainkan sepertiga,seperempat,seperlima dan seperenam."

Sampai beliau menyebutkan sepersepuluhnya,iaitu solat yang ditulis hanya sekadar apa yang direnungnya.

Dirawikan dari Nabi saw,beliau bersabda,:

"Siapa yang solat dua rakaat dengan hati mengadap kepada ALLAH,ALLAH mengampunkan dosanya seperti di hari dia dilahirkan ibunya".

Sungguh solat itu menghadapnya seseorang kepada ALLAH. Siapa solat tidak menghadapkan hatinya kepada ALLAH, malah fikirannya menjalar ke mana-mana, ia bagaikan orang yang berdiri di depan pintu raja meminta ampun akan kesalahannya. Ketika dia sampai ke pintu, dia berdiri di hadapannya, dia menoleh kiri dan kanan. Namun raja tidak memenuhi permintaannya, Raja hanya mendengarnya sahaja. Demikian jua solat, jika orang melakukan dengan hati tidak mengadap kepada ALLAH,ketahuilah solat demikian itu tidak akan diterima.

No comments:

Post a Comment